Assalamualaikum dan selamat sejahtera Jika anda pernah mendengar nama Chefonthego dari awal tahun 2017, pasti anda tahu bahawa kami antara Caterer yang aktif di Kuala Lumour dan Selangor. Kenangan yang sangat indah apabila mengenangkan semua event dan acara yang telah kami buat selama 3 tahun itu. Nama company kami pada waktu itu dikenali sebagai Chefonthego Catering. Antara acara yang kami terlibat termasuklah menyediakan buffet dan lunchbox di company seperti Hyundai, BWM, IBM, Honda, Kolej-kolej, dan juga private event seperti perkahwinan, birthday, house warming dan lain-lain lagi. Setelah Covid 19 melanda dunia, segala acara beramai-ramai dihentikan dan pada waktu itu perniagaan catering kami terpaksa dihentikan. Di dalam mencari alternatif lain untuk meneruskan perniagaan, kami membuat sedikit research dan bermulalah idea menyediakan makanan sihat ringkas iaitu "Overnight Oat Premix" . Kami kini dikenali sebagai "Chefonthego"